Friday 29 April 2016

Reno Klinik anda dengan kami :)

Alhamdulillah, It's Friday everyone. Long weekend !

Tapi sebelum ber-long weekend tu, meh sini nak habaq ni. Ingat tak entry sebelum ni? saya ada post pasal dental chair yang dari Brazil tu. Ingat tak??

Mesti ingat kan? Hahaha.. Tak sabar la tu nak saya share kan kan.. sabaq dulu na.. kita bagi suspen lama sikit lagi. Xlama mana pon, minggu depan saya kenalkan. InshaAllah . . .

Habis tu nak post pasai apa ni kalau tak nak bagitau pasai dental chair dari Brazil tu? Hah, tu hampa semua tak tau. ceq ni bukan jual dental Chair ja. Siap dengan Pakej Renovation / Setup Klinik lagi uolls.. Tapi apa yang Specialnya? HARGA MAMPU MILIK!! 

Ramai call /  Whatsapp /  Msg tanya estimation harga, berapa biasa quote price untuk nak setup clinic. Macam ni ya..Saya akan bagi jawapan simple ja. Estimation harga kami boleh buat dari harga serendah 30K sampai semahal-mahal harga. TAPI, saya ulang ya, semua tu estimation price sahaja. Once dah ukur premis,tengok tempat tu then baru la dapat quote harga. Jangan pulak marah kami kalau tak dapat bagi estimation price masa korang call. Saya faham semua tengah nak survey harga semua. boleh ja call/whatsapp pon. Tak marah,suka lagi adalah. Cuma biarlah berhemah. Walaupun anda bagi saya, ala,mcm ukuran kedai biasa ja, macam corner lot tu ja luasnya. Faham, cuma setiap premis/bangunan/rumah kedai ada struktur berbeza. maunya square feet sama tapi tgk ada tiang plak tengah2,toilet plak pintu kecil,pintu masuk premis plak tak ikut akta KKM, hah, sebab tu la saya selalu cakap, kalau boleh nak tengok premis dulu. Harap kita saling memahami ya :D

Kalau dah ada premis or tempat untuk buka klinik, lepas tu call/contact kami nak survey harga pon boleh. Tak semestinya kami dah ukur klinik semua,dah keluarkan quotation anda semua kena amik pakej kami. Tidak sampai macam tu. Buat la timbang tara. Ingat, hak anda sebagai pelanggan mahukan yang terbaik. Dan kami sangat memahami hal itu. Cuma bila kami dah ukur premis senang la kami nak quote harga. 

Disamping itu, kadang-kadang ada juga kes di mana client takut sangat nak jumpa. Nak survey harga tapi takut nak jumpa kami. InshaAllah, setakat ni, memang tak ada lagi saya charge client saya semata-mata untuk berjumpa. Melainkan client tersebut yang meminta khidmat kami sebagai consultant sahaja. Misalnya client ni nak buat sendiri klinik. Dia ada team dia, kontraktor semua, tapi nak kami sebagai consultant then maybe ada charge disitu (persetujuan bersama). Tapi kalau dah buat renovation dengan kami, Hey2, Consultation fee FREE saja...hahaha..

Ok la, penat dah menaip ni. Dah mood2 nak balik sebenarnya.

Anyone yang interested nak setup clinic, nak survey2 dulu ke, Jom call/ Whatsapp 0129345169 - Hidayah @Hans. 
Saya tak janjikan yang manis dan indah untuk anda. Sebab setiap project memang ada cabarannya yang tersendiri. Cuma yang dapat saya janjikan kami di Rich Dental Sdn Bhd akan cuba untuk memberikan yang terbaik. 

" your satisfaction is our goal "

Tuesday 26 April 2016

COMING SOON !

Salam and Morning uollss :)

Terketar-ketar tangan nak post entry ni sebenarnya. Bukan apa, Excited sangat. kikiki
Macam - macam perasaan sebenarnya. Happy, nervous, excited aishhh... macam-macam. Nak tau sebab apa?

Jeng . . . Jeng . . . Jeng . . .

Bismillahirrahmanirrahim . . . 

Soon.. Very soon.. kami akan memperkenalkan  Dental Chair dari BRAZIL. Apa? Brazil ? Haah, Brazil la.. Inspirado en los conceptos de excelencia. perghhh.. haahaha..
tertanya-tanya jenama apa? tunggu ....

Sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami, Rich Dental Sdn Bhd tetap akan berusaha memenuhi kehendak dan citarasa anda semua. Yang pastinya harga untuk dental chair yang diperkenalkan ini mampu milik! Berbaloi-baloi uolllsss...

InshaAllah saya akan memperkenalkan Dental Chair ini kepada anda semua. Tunggu tau ....


" your satisfaction is our goal "

Tuesday 12 April 2016

Murah VS Mahal ?


Salam Semua. 

Hari ini rasa tidak berapa sihat. Sore throat + coughing + slight fever. cuaca tidak menentu sekarang. So, stay safe people. Drink a lot of water ( walaupun perut dah kembung minum air)


Straight to the point. Why post entry title macam tu? Murah VS Mahal? 
Saya pun tidak ada penjelasan yang jelas. tup tup ja dapat idea nak tulis title entry macam tu. Sebab apa yang saya nak share lepas ini hopefully akan buka mata , minda dan akal untuk kita sama-sama berfikir. 

"Barang yang murah tak semestinya tidak berkuali dan 
barang yang mahal tak semestinya berkuali"
Agree / Disagree ?

Bagi saya, saya sangat bersetuju dengan pernyataan diatas. Kenapa? sebab saya rasa barangan yang dijual murah maybe sebab bahan mentah atau kos pembuatannya rendah. so dapat la jual murah even barangan tersebut kualitinya tetap sama dengan barang yang harga mahal. Maybe barangan yang harga mahal kos bahan mentah or pembuatannya tinggi sebab tu kena jual mahal sikit. Maybe barang mahal ni buat kat luar negara macam kat negara-negara eropah misalnya. Tapi fungsi tetap sama.

Dalam dunia dental misalnya, saya bagi contoh, Dental Chair A ini harganya murah tapi fungsi tetap sama dengan Dental chair B. Harga dental chair B pula agak mahal berbanding dental chair A tapi macam yang saya cakap tadi, fungsinya tetap sama. Apa yang membezakan harga kedua-dua dental chair ni?

1. Jenama
Ni perkara pertama yang biasanya pembeli akan tengok. Tidak hanya dengan pembelian dental chair, beli la apa barang sekalipun, memang akan tengok jenama punya. Kecenderungan pembeli semestinya kepada jenama yang well known, yang sudah establish. Sebut sahaja jenama yang dikenali ramai, even belum pernah memiliki atau menggunakan barangan jenama tersebut kita akan mengatakan wah bagus. Sebab apa? Sebab jenama atau brand yang well known. Sudah terlalu lama dipasarkan. Banyak digunakan di mana-mana.

2. Rupa / Reka bentuk/warna
Elegant, sophisticated, Classic antara ciri reka bentuk yang dilihat dari sisi mata pembeli. Pastinya satu-satu klinik yang disetup mempunyai identiti tersendiri. Interior design untuk sesebuah klinik itu melambangkan identiti yang dibawa oleh pemilik klinik untuk memastikan pelanggannya selesa. So, pembelian dental chair juga perlu ada pemilihan yang bijak. Perlu ada ego dalam pemilihannya. Kemasan, warna dan material dental chair itu perlu diteliti sebaik mungkin.

3. Keselesaan
Dental chair adalah watak utama dalam sesebuah klinik pergigian. Tidak akan dapat berfungsi sesebuah klinik pergigian itu sekiranya tidak ada Dental chair. Keselesaan kepada Dr yang ingin merawat patient perlu la dititik beratkan. Ada Dr yang right handed, ada yang left handed. So, setiap Dr perlulah memilih Dental chair yang selesa untuk merawat pesakit. Disamping itu, Dr juga perlulah memikirkan keselesaan pesakitnya. dental Chair yang bagus akan dapat meningkatkan prestasi dan kepuasan.


Namun, walaupun semuanya boleh dibezakan antara yang mahal dan murah, yang namanya mesin tetap tidak akan bertahan lama. ia perlukan penjagaan yang baik. Contohnya macam kereta, bila sampai sekian-sekian kilometer, kita dah kena tukar minyak hitam, kena tukar air filter, tukar tayar, dan macam-macam lagi. Macam tu juga dental Chair. Service kena buat, jangan kerusi dah semput baru nak service. Dah rosak baru gelabah. Dental chair juga perlu rehat. Kalau business tengah bagus, patient datang tak putus, dental chair pulak ada satu je. Memang berasap la dental chair tu. The best way is Tambah lagi another dental chair. Ingat, penambahan dental chair bukan satu bebanan. Ianya cuma salah satu usaha dalam memastikan perjalanan klinik lancar dan inshaAllah kalau satu tengah service, ada back up lagi satu chair. So, patient yang datang pon tidaklah bermasam muka menahan kesakitan gigi.

Panjang lebar pulak entry kali ni. Just sharing  :)
Penulisan saya pada kali ini hanyalah pandangan dan sharing semata-mata. Tidak berniat hendak menjatuhkan atau sebagainya. Apa yang terbaik, ambil yang boleh dijadikan panduan, yang tak baik abaikan.

Anyone yang interested nak tambah satu lagi dental chair kat dental clinic korang, or baru nak beli dental chair, just whtsapp saya, Hidayah @ Hans halim - 0129345169

~ your satisfaction is our goal ~