Tuesday 12 April 2016

Murah VS Mahal ?


Salam Semua. 

Hari ini rasa tidak berapa sihat. Sore throat + coughing + slight fever. cuaca tidak menentu sekarang. So, stay safe people. Drink a lot of water ( walaupun perut dah kembung minum air)


Straight to the point. Why post entry title macam tu? Murah VS Mahal? 
Saya pun tidak ada penjelasan yang jelas. tup tup ja dapat idea nak tulis title entry macam tu. Sebab apa yang saya nak share lepas ini hopefully akan buka mata , minda dan akal untuk kita sama-sama berfikir. 

"Barang yang murah tak semestinya tidak berkuali dan 
barang yang mahal tak semestinya berkuali"
Agree / Disagree ?

Bagi saya, saya sangat bersetuju dengan pernyataan diatas. Kenapa? sebab saya rasa barangan yang dijual murah maybe sebab bahan mentah atau kos pembuatannya rendah. so dapat la jual murah even barangan tersebut kualitinya tetap sama dengan barang yang harga mahal. Maybe barangan yang harga mahal kos bahan mentah or pembuatannya tinggi sebab tu kena jual mahal sikit. Maybe barang mahal ni buat kat luar negara macam kat negara-negara eropah misalnya. Tapi fungsi tetap sama.

Dalam dunia dental misalnya, saya bagi contoh, Dental Chair A ini harganya murah tapi fungsi tetap sama dengan Dental chair B. Harga dental chair B pula agak mahal berbanding dental chair A tapi macam yang saya cakap tadi, fungsinya tetap sama. Apa yang membezakan harga kedua-dua dental chair ni?

1. Jenama
Ni perkara pertama yang biasanya pembeli akan tengok. Tidak hanya dengan pembelian dental chair, beli la apa barang sekalipun, memang akan tengok jenama punya. Kecenderungan pembeli semestinya kepada jenama yang well known, yang sudah establish. Sebut sahaja jenama yang dikenali ramai, even belum pernah memiliki atau menggunakan barangan jenama tersebut kita akan mengatakan wah bagus. Sebab apa? Sebab jenama atau brand yang well known. Sudah terlalu lama dipasarkan. Banyak digunakan di mana-mana.

2. Rupa / Reka bentuk/warna
Elegant, sophisticated, Classic antara ciri reka bentuk yang dilihat dari sisi mata pembeli. Pastinya satu-satu klinik yang disetup mempunyai identiti tersendiri. Interior design untuk sesebuah klinik itu melambangkan identiti yang dibawa oleh pemilik klinik untuk memastikan pelanggannya selesa. So, pembelian dental chair juga perlu ada pemilihan yang bijak. Perlu ada ego dalam pemilihannya. Kemasan, warna dan material dental chair itu perlu diteliti sebaik mungkin.

3. Keselesaan
Dental chair adalah watak utama dalam sesebuah klinik pergigian. Tidak akan dapat berfungsi sesebuah klinik pergigian itu sekiranya tidak ada Dental chair. Keselesaan kepada Dr yang ingin merawat patient perlu la dititik beratkan. Ada Dr yang right handed, ada yang left handed. So, setiap Dr perlulah memilih Dental chair yang selesa untuk merawat pesakit. Disamping itu, Dr juga perlulah memikirkan keselesaan pesakitnya. dental Chair yang bagus akan dapat meningkatkan prestasi dan kepuasan.


Namun, walaupun semuanya boleh dibezakan antara yang mahal dan murah, yang namanya mesin tetap tidak akan bertahan lama. ia perlukan penjagaan yang baik. Contohnya macam kereta, bila sampai sekian-sekian kilometer, kita dah kena tukar minyak hitam, kena tukar air filter, tukar tayar, dan macam-macam lagi. Macam tu juga dental Chair. Service kena buat, jangan kerusi dah semput baru nak service. Dah rosak baru gelabah. Dental chair juga perlu rehat. Kalau business tengah bagus, patient datang tak putus, dental chair pulak ada satu je. Memang berasap la dental chair tu. The best way is Tambah lagi another dental chair. Ingat, penambahan dental chair bukan satu bebanan. Ianya cuma salah satu usaha dalam memastikan perjalanan klinik lancar dan inshaAllah kalau satu tengah service, ada back up lagi satu chair. So, patient yang datang pon tidaklah bermasam muka menahan kesakitan gigi.

Panjang lebar pulak entry kali ni. Just sharing  :)
Penulisan saya pada kali ini hanyalah pandangan dan sharing semata-mata. Tidak berniat hendak menjatuhkan atau sebagainya. Apa yang terbaik, ambil yang boleh dijadikan panduan, yang tak baik abaikan.

Anyone yang interested nak tambah satu lagi dental chair kat dental clinic korang, or baru nak beli dental chair, just whtsapp saya, Hidayah @ Hans halim - 0129345169

~ your satisfaction is our goal ~

No comments:

Post a Comment